Demam denggi
Demam denggi

Demam denggi

Demam denggi ialah penyakit tropika bawaan nyamuk yang disebabkan oleh virus denggi.[1] Gejala biasanya bermula tiga hingga empat belas hari selepas jangkitan.[2] Ini mungkin termasuk demam panas, sakit kepala, muntah, sakit otot dan sendi, serta ruam pada kulit. Pemulihan secara amnya memakan masa dua hingga tujuh hari. Dalam sebilangan kecil kes, penyakit ini berkembang menjadi denggi parah, juga dikenal sebagai demam denggi berdarah, yang mengakibatkan pendarahan, paras platelet darah menjadi rendah dan kebocoran plasma darah, atau menjadi sindrom kejutan denggi, apabila tekanan darah rendah berbahaya berlaku.[2]Denggi disebarkan oleh beberapa spesies nyamuk betina dari genus Aedes, terutama Aedes aegypti.[1][2] Virus ini mempunyai lima serotip;[7][8] jangkitan dengan satu jenis virus biasanya memberi keimunan seumur hidup terhadap jenis tersebut, tetapi hanya keimunan jangka pendek kepada jenis yang lain. Jangkitan seterusnya dengan jenis yang berbeza akan meningkatkan risiko komplikasi teruk. Sejumlah ujian tersedia untuk mengesahkan diagnosis termasuk mengesan antibodi terhadap virus atau RNAnya.Vaksin untuk demam denggi telah diluluskan dan tersedia secara komersial di sejumlah negara.[4][9] Sehingga 2018, vaksin hanya disarankan pada individu yang pernah dijangkiti, atau pada populasi dengan kadar jangkitan sebelumnya yang tinggi pada usia sembilan tahun.[10][5] Kaedah pencegahan lain termasuk mengurangkan habitat nyamuk dan mengehadkan pendedahan kepada gigitan.[1] Ini mungkin boleh dilakukan dengan membuang atau menutup bekalan air yang terdedah dan memakai pakaian yang menutupi sebahagian besar badan. Rawatan denggi akut merangkumi pemberian cecair sama ada melalui mulut atau intravena untuk penyakit ringan atau sederhana.[2] Untuk kes yang lebih teruk, pemindahan darah mungkin diperlukan. Kira-kira setengah juta orang telah dimasukkan ke hospital setiap tahun. Paracetamol (acetaminophen) disyorkan sebagai ganti ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) untuk pengurangan demam dan melegakan kesakitan oleh denggi kerana peningkatan risiko pendarahan akibat penggunaan NSAID.[11][12]Denggi telah menjadi masalah global sejak Perang Dunia Kedua dan sering berlaku di lebih daripada 120 negara, terutamanya di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Selatan.[13] Lebih kurang 390 juta orang dijangkiti setahun dan kira-kira 40,000 mati.[5][6] Pada tahun 2019 terdapat peningkatan yang ketara dalam jumlah kes. [14] Huraian terawal mengenai wabak dari tahun 1779. [15] Penyebab dan penyebaran virus baru difahami pada awal abad ke-20.[16] Selain mengahpuskan nyamuk, usaha dilakukan untuk ubat-ubatan yang disasarkan langsung kepada virus.[17] Ia dikelaskan sebagai penyakit tropika yang diabaikan.[18]

Demam denggi

Kaedah diagnosis Pengesanan antibodi kepada virus atau RNAnya[2]
Permulaan biasa 3–14 hari selepas pendedahan[2]
Keadaan serupa Malaria, demam kuning, hepatitis virus, leptospirosis[3]
Kerumitan Pendarahan, tahap platelet darah rendah, tekanan darah rendah yang berbahaya[2]
Kematian ~40,000 (2017)[6]
Pencegahan Vaksin demam denggi, mengurangkan pendedahan nyamuk[1][4]
Kekerapan 390 juta per tahun[5]
Tempoh 2–7 hari[1]
Rawatan Penjagaan sokongan, bendalir intravena, pemindahan darah[2]
Punca Virus denggi oleh nyamuk Aedes[1]
Nama lain Denggi, demam tulang patah[1][2]
Pakar Penyakit berjangkit
Simptom Demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Demam denggi http://minerva-access.unimelb.edu.au/bitstream/113... http://en.tempo.co/read/news/2016/10/17/310812742/... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://edition.cnn.com/2016/04/06/health/dengue-fe... http://www.diseasesdatabase.com/ddb3564.htm http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articl... http://www.sanofipasteur.com/en/articles/dengvaxia... http://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2019/11... http://wwwnc.cdc.gov/eid/article/12/6/pdfs/et-1206... http://wwwnc.cdc.gov/travel/content/outbreak-notic...